Selepas pengsan di Starvendors Mega Raya Fest 2025 lewat malam tadi, selebriti dan usahawan terkenal Ifa Raziah, dilaporkan sudah sedar dan berada dalam pemantauan doktor di sebuah hospital swasta.
Menurut suami merangkap pengurus Ifa, Mohd Yani Abdul Rahman, pelantun lagu Ser Ser Ser itu pengsan kerana tidak cukup rehat dan menyebabkan tekanan darahnya tinggi.
“Ketika di ‘holding room’ Starvendors, Ifa tak sedarkan diri dan pengsan dan tak sedarkan diri.
“Bila sampai di hospital, doktor maklumkan tekanan darahnya tinggi, bacaan mencecah 170. Perkara itu menyebabkan Ifa muntah sebelum pengsan dan tidak sedarkan diri,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Muntah, Tekanan Darah Tak Stabil.. Ifa Raziah Pengsan di Starvendors, Dikejarkan Ke Hospital
Sehubungan itu, pihak hospital telah mengambil keputusan untuk menahan Ifa di wad bagi tujuan pemantauan lebih lanjut.
“Doktor memang menyarankan Ifa ditahan di wad untuk dipantau keadaannya.
“Buat masa ini, kami akan ikut nasihat doktor dan fokus pada pemulihannya dahulu,” tambah Mohd Yani.
Ifa sebelum ini dikatakan sibuk mengendalikan festival tersebut sepanjang hari tanpa rehat dan dipercayai menjadi punca keletihannya.
Insiden ini mengejutkan ramai pihak, termasuk rakan artis dan peminat yang tidak putus-putus mendoakan kesihatannya.




