Eda Ezrin Sambut Raya Di Penjara Narathiwat, Masih Belum Dapat Pulang Ke Malaysia | Oh! Media

Eda Ezrin Sambut Raya Di Penjara Narathiwat, Masih Belum Dapat Pulang Ke Malaysia | Oh! Media

Penyanyi lagu Bey Sobar Bey, Eda Ezrin terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri di Penjara Narathiwat, Thailand selepas masih belum dibenarkan pulang ke Malaysia.

Menurut laporan mStar, walaupun keenam-enam mereka dibebaskan daripada pertuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda, mereka masih menunggu kepastian sama ada pihak pendakwa raya akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah.

Eda Ezrin harap agar tiada rayuan

Eda berkata dia berharap pendakwa raya tidak memfailkan rayuan selepas tempoh yang ditetapkan tamat awal bulan depan.

Saya amat berharap pendakwa raya tidak mengemukakan rayuan tersebut. Namun, saya tetap bersyukur kerana mahkamah telah membebaskan kami daripada tuduhan.

Bukan tu jer, penyanyi itu juga turur menitipkan salam kepada peminat dan berjanji akan kembali aktif dalam bidang seni selepas dibebaskan.

Panel hakim bebaskan dari pertuduhan dadah

Pada 6 Mac lepas, Mahkamah Wilayah Narathiwat telah membebaskan Eda Ezrin, suaminya Mohd Affendi Ahmad, dan empat lagi rakan mereka selepas mendapati mereka tidak bersalah atas pertuduhan yang dikenakan.

Kesemua mereka sebelum ini ditahan pada 1 November lalu di sebuah hotel di Sungai Golok, Thailand, bersama 6,059 biji pil yaba dalam satu serbuan polis.

Bagaimanapun, selepas meneliti semua keterangan saksi, dua panel hakim memutuskan untuk membebaskan mereka daripada tuduhan dadah.

#ApaKataOhmedia

Kes seperti ini menjadi peringatan kepada semua agar lebih berhati-hati ketika berada di luar negara, terutama apabila melibatkan undang-undang yang ketat seperti dadah. Jangan mudah terjebak dalam situasi yang boleh mengundang masalah besar!


Scroll to Top