Dari Pemimpin Ajaran Sesat Ke Polis Pemburu Gangster, Saksikan Transformasi Zamarul Hisyam Dalam Filem Blood Brothers

Dari Pemimpin Ajaran Sesat Ke Polis Pemburu Gangster, Saksikan Transformasi Zamarul Hisyam Dalam Filem Blood Brothers

Pelakon versatile, Zamarul Hisyam tampil kelainan menerusi wataknya dalam filem aksi terbaharu berjudul, Blood Brothers.

Memegang watak sebagai DSP Adlin, watak Zamarul Hisyam kali ini memberikan kontras antara wataknya menerusi drama ajaran sesat, Langit Ke Tujuh kepada pegawai polis berprinsip yang menentang sindiket jenayah.

Bukan itu sahaja, lakonannya dalam filem Blood Brothers juga nampaknya membawa tranformasi elemen keberanian, ketegasan, dan kelantangan yang jarang dilihat dalam karakter polis biasa.

Kata Zamarul, tawaran untuk menyertai filem ini adalah satu peluang yang sangat besar selepas sekian lama dia tidak aktif di layar perak.

“DSP Adlin ni straght to the point. Bila dipandang geng-geng naga-naga ni dia rasa tak gentar sebab dia tahu satu hari nanti dia akan jatuhkan kuasa naga-naga ni untuk Ops Naga.

“Untuk filem Blood Brothers ni saya rasa macam satu peluang yang besarselepas sekian lama saya tak beraksi dalam filem. Dan watak DSP Adlin ini bagi saya bila saya baca memang sangat-sangat best.

“Saya suka dengan karakter DSP Adlin dimana dia ni suka ‘menganjing’ gengster-gengster ni jadi dia tak takut langsung dengan mereka ni semua,” jelasnya.

Sekadar info, filem aksi ini akan menemui penonton di semua pawagam berdekatan bermula 10 April 2025.

Selain Zamarul, antara barisan artis yang terlibat adalah, Sharrnaaz Ahmad, Wan Hanafi Su, Amelia Henderson, Tracie Sinidol, Shukri Yahya, Amir Nafis, Syazwan Zulkifly dan ramai lagi pelakon-pelakon hebat.

Scroll to Top