“Bukti Aku Minta Tak Ada” – Difitnah ‘Mandrem’ Suami Orang, Shakilla Khoriri Bawa Kes Ke Mahkamah

“Bukti Aku Minta Tak Ada” – Difitnah ‘Mandrem’ Suami Orang, Shakilla Khoriri Bawa Kes Ke Mahkamah

Oh! Artis

Shakilla Khoriri dedah kes fitnah pada tahun 2023 kini dibawa ke mahkamah.

Pada 2023, pelakon Shakilla Khoriri pernah dikaitkan dengan fitnah yang sangat berat iaitu berzina dan melakukan sihir kepada suami orang.

Namun, Shakilla menafikan dakwaan itu menyifatkan ianya fitnah semata-mata.

Fitnah berat pada tahun 2023

Terbaru, Shakilla berkongsi perkembangan terkini kes yang sudah dibawa ke mahkamah. Dalam luahan panjang lebar di Instagram Story, Shakilla berkata, sehingga kini pihak yang menuduh gagal mengemukakan bukti.

Shakilla turut mendedahkan bahawa perbincangan awal untuk menyelesaikan masalah secara baik telah pun dijalankan sebelum ini.

Malangnya, usaha tersebut tidak membuahkan hasil apabila pihak berkenaan didakwa masih mahu menegakkan benang yang basah.

Menurut Shakilla, selama ini dia berdiam diri kerana mahu menutup aib namun individu berkenaan didakwa sudah melampaui batas.

Shakilla 1

Ibu kepada seorang cahaya mata ini turut memberi ‘lampu hijau’ kepada rakan media dan pihak luar untuk hadir menyaksikan sendiri perbicaraan kes berkenaan yang bakal berlangsung pada 28 Ogos.

Tidak berhenti di situ, pelakon ini turut membalas tindakan pihak ketiga yang cuba masuk campur dalam urusan peribadinya. Shakilla menegaskan dia memegang pelbagai rahsia dan bukti yang boleh merosakkan imej mereka sekiranya terus diprovokasi.

Shakilla simpan aib, tapi ada pihak sudah melampaui batas

Shakilla 2

Pelakon ini juga mencabar pihak yang memerli dirinya di Thread supaya tampil bersemuka bukannya menjadi pengecut.

Shakilla 3
Shakilla 4

Di akhir hantaran, pelakon ini memberi amaran supaya tidak bermain api jika tidak mahu menyusahkan diri sendiri. Selama ini, dia hanya berdiam diri kerana sibuk dengan kehidupan yang lebih utama.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top