Giliran Fattah Amin Pula Komen Emoji Hati Biru Di Hantaran Media Sosial Amira Othman

Giliran Fattah Amin Pula Komen Emoji Hati Biru Di Hantaran Media Sosial Amira Othman

Pelakon, Fattah Amin mencuri perhatian selepas meninggalkan komen di perkongsian terbaru penyanyi, Amira Othman.

Dalam muat naik tersebut, Amira berkongsi perasaan syukur apabila impian dan hasratnya untuk menunaikan ibadah Umrah di bulan Ramadan akhirnya dimakbulkan olehNya.

Di ruangan komen, aktor drama rantaian Keluarga Itu, Fattah turut meluahkan rasa syukur, selain turut meninggalkan emoji hati berwarna biru.

Meninjau ke maklum balas komen Fattah itu, ramai dalam kalangan netizen yang seakan tidak keruan melihat aktor itu seolah-olah semakin terbuka menunjukkan kemesraan hubungan mereka.

Sebelum ini, Amira menarik tumpuan ramai apabila dia turut meninggalkan komen emoji berona putih dan tangan membuat bentuk ‘love’ di hantaran media sosial Fattah.

Terdahulu, Fattah memaklumkan ahli keluarganya menyukai dan merestui hubungannya bersama Amira.

Artikel Berkaitan: Amira Othman Tinggalkan Komen Emoji Hati Putih & Tangan Bentuk Love Di Hantaran Media Sosial Fattah Amin, Netizen Jadi Tak Keruan!

Artikel Berkaitan: Keluarga Fattah Amin Terima Baik Kehadiran Amira Othman – “Mereka Restu & Sukakan Dia”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin Usik Amira Othman, Mahu ‘Lock’ Lagu Satu Shaf Di Belakangku – “Saya Suka, Terbuai-Buai Bila Dengar Lirik…”

Scroll to Top