3 keluarga dah daftar di PPS Masjid Putra Heights

3 keluarga dah daftar di PPS Masjid Putra Heights

Subang Jaya: Penduduk sekitar lokasi kebakaran saluran paip gas mula ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbanguna Masjid Putra Heights di sini.

Setakat 12 tengah hari tadi, tiga keluarga membabitkan 26 orang termasuk dua bayi sudah mendaftar di PPS berkenaan.

Pihak berkuasa termasuk petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut berada di PPS berkenaan bagi mendaftarkan penduduk sekitar yang mendapatkan perlindungan di situ.

Beberapa petugas kesihatan juga dilihat berada di PPS terbabit bagi bersedia memberikan bantuan perubatan.

Selain PPS di Dewan Serbanguna Masjid Putra Heights, difahamkan ada dalam kalangan penduduk yang mendapatkan perlindungan di Masjid Nurul Iman di Kampung Tengah, Puchong.

Maklumat terkini kebakaran saluran gas di Putra Heights

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top