Cinta Masih Utuh? Jefri Nichol Tinggalkan Komen Romantis Di Hantaran Media Sosial Ameera Khan… Netizen Komen: “‘Biasalah Tu Gaduh Manja”

Cinta Masih Utuh? Jefri Nichol Tinggalkan Komen Romantis Di Hantaran Media Sosial Ameera Khan… Netizen Komen: “‘Biasalah Tu Gaduh Manja”

Hubungan cinta antara pempengaruh dan model, Ameera Khan bersama aktor tampan Indonesi, Jefri Nichol dipercayai masih mekar berputik.

Menerusi perkongsian terkini di Instagram (IG), Ameera memuat naik beberapa foto memakai barangan perhiasan telah mencuri perhatian ramai.

Di foto kedua hantaran tersebut, Ameera telah ‘tagged’ akaun IG Jefri, selain turut saling mengikuti semula menandakan kisah cinta mereka belum terlerai.

 

Menjengah ke ruangan komen, Jefri turut meninggalkan kata-kata manis untuk Ameera mengatakan dia akan menyimpan foto jelita kekasihnya itu di dalam dompet sekiranya pergi ‘berperang’.

Berdasarkan ruangan balas, ramai dalam kalangan netizen mengusik Jefri yang seolah-seolah sedang berusaha memujuk Ameera.

Ada juga segelintir netizen yang mendakwa Nefri dan Ameera hanya gaduh kecil yang menjadi satu perkara biasa buat pasangan bercinta.

Sebelum ini, kisah cinta Ameera dan Jefri menjadi perbualan hangat selepas mereka sudah tidak saling mengikuti akaun media sosial satu sama lain.

Malah, Ameera juga dikatakan memadam foto-foto bersama Jefri.

Artikel Berkaitan: Padam Foto Bersama, Saling ‘Unfollow’ Di IG… Hubungan Cinta Ameera Khan & Jefri Nichol Didakwa Berakhir?

Scroll to Top