WASHINGTON – Enam bulan selepas Amerika Syarikat (AS) melancarkan perang terhadap Iran, Presiden Donald Trump dilihat semakin kurang memberi perhatian terhadap konflik yang pada awalnya dijangka berakhir dengan segera.
Dalam satu sidang media spontan minggu lalu, Trump lebih banyak bercakap mengenai projek pengubahsuaian Rumah Putih, termasuk padang pendaratan helikopter, dewan tari-menari dan batu granit, berbanding perang yang dilancarkan pentadbirannya terhadap Iran.
Ketika ditanya mengenai perkembangan konflik itu selepas membawa wartawan melawat kawasan South Lawn, Trump hanya menjawab bahawa ‘situasi ketika ini sangat baik’.
Dalam acara selama 36 minit itu, Trump menyebut perkataan granit sebanyak 13 kali, berbanding hanya tiga kali menyebut Iran.
Namun, perang berkenaan semakin menjadi beban politik kepada Trump.- AFP