PETROPAVLOVSK-KAMCHATSKY: Gempa bumi bermagnitud 6.2 direkodkan berlaku pada jarak 72 kilometer (km) dari Bandar Petropavlovsk-Kamchatsky di Semenanjung Kamchatka, Russia, menurut cawangan tempatan Pusat Penyelidikan Persekutuan Perkhidmatan Geofizik Bersepadu, Akademi Sains Russia, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Baca juga: CIMB komited salur RM150 juta, manfaatkan lebih 150,000 rakyat
“Jarak dari Petropavlovsk-Kamchatsky: 72km. Magnitud: 6.2. Anggaran awal keamatan di Petropavlovsk-Kamchatsky: 3,” menurut perkhidmatan itu dalam hantaran melalui platform pemesejan Max.
Ahli Sains memaklumkan gempa bumi itu berlaku pada jam 1.15 pagi 29 November waktu tempatan (1315 GMT pada 28 November).
Pusat gempa terletak pada kedalaman 189.1km.
© New Straits Times Press (M) Bhd