LATEST

Aksi ‘Spider-man’ di KLIA undang kecaman

Aksi ‘Spider-man’ di KLIA undang kecaman

Petaling Jaya: Aksi seorang lelaki yang hanya berseluar pendek memanjat struktur besi pada dinding kaca di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang tular di media sosial, hari ini.

Baca juga: SUV elektrik alami masalah teknikal punca kemalangan enam kenderaan

Video kejadian dikongsikan pengguna Threads, Syamdut, memperlihatkan lelaki itu memanjat struktur besi tinggi, sekali gus mengundang kebimbangan orang ramai.

“Macam-macam hal KLIA nowadays (masa kini),” katanya ringkas dalam hantaran itu.

Perkongsiannya mendapat pelbagai maklum balas termasuk daripada seorang pengguna, JK112 yang berkongsi video dari pandangan lain di ruangan komen.

“Dia lah yang buat flight (pesawat) saya perlu ambil lif,” katanya yang terpaksa menggunakan laluan lain untuk memasuki pesawat.

“Bila ni kat KLIA? Sekarang tak nampak pun Spider-Man baru ni,” komen Hdyahrzal.

“Kami saksi kejadian. Baru sampai KLIA dari pintu betul-betul sebelah. Eskalator bawah dia tutup, jadi kami ambil jalan ke lif untuk masuk terminal,” kata Abdrasyidrhm yang turut berkongsi video di ruangan komen.

“Dia ingat dia Spider-Man ke? Aiyoo,” kata The.baryonyx.

“Dah Spider-Man mana pula tu?” kata Tydasurprise.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news