Anak kepada pasangan pelakon, Abby Abadi dan Normn Hakim iaitu Marissa Dania Hakim sekali lagi mencuri perhatian selepas memuat naik foto Raya miliknya di ruangan Instagram.
Menerusi perkongsian tersebut, Marissa kelihatan mengenakan baju kurung moden berona coklat beserta kapsyen ucapan Selamat Hari Raya.
Bagaimanapun, menerusi ruangan komen, rata-rata warganet berteka teki mengenai status Marissa yang didakwa kini berbadan dua.
Bahkan, ramai yang mendakwa badan Marissa juga kelihatan nampak berisi.
Meskipun begitu, tuan empunya badan masih belum memaklumkan kepada umum mengenai dakwaan sama ada dia kini sedang hamil atau sebaliknya.
Terdahulu, Marissa pernha kehilangan bayi pertamanya yang dilahirkan secara pramatang pada Ogos 2024.
Sekadar info, Marissa adalah isteri kedua kepada Mohd. Aslam.
Marissa dan Aslam dilaporkan telah berkahwin di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.