[VIDEO] Semakin Handal Memasak, Ramai Puji Leona Tak Kekok Di Dapur – “Hantaran Mesti Lagi Tinggi”

[VIDEO] Semakin Handal Memasak, Ramai Puji Leona Tak Kekok Di Dapur – “Hantaran Mesti Lagi Tinggi”

Sejak kebelakangan ini, pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona sering berkongsi pelbagai menu hasil masakannya sendiri.

Menerusi beberapa video di plarform TikTok, anak kepada pelakon senior, Azhar Sulaiman itu dilihat semakin mahir dan tidak kekok memasak.

Terbaharu, Leona mencuri perhatian selepas dia memaklumkan telah berjaya masak pulut kuning dan juga rendang daging buat pertama kali.

Dalam video lain pula, Leona berkata dia amat menyukai untuk memasak makanan kepada orang lain.

“Saya seorang yang simple, tak makan banyak sangat tapi saya suka bagi orang rasa makanan yang saya masak,” katanya sambil membungkus juadah yang telah disediakan olehnya.

@leonathe2nd

Cooking is my hobby

♬ original sound – le yoooooooo na – le yoooooooo na

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga terhadap Leona yang dipuji semakin mahir memasak selepas pernah dikritik hanya tahu masak telur mata sahaja.

Ada juga dalam kalangan netizen yang mengusik hantaran gadis berusia 23 tahun itu akan meningkat.

Scroll to Top