Selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor sekali lagi mencuri perhatian selepas berkongsi tips yang diamalkan dalam kehidupan seharian.
Menerusi perkongsian sepotong video pendek di TikTok, Neelofa dalam satu temu bual bersama The Grow And Glow Podcast berkata, setiap kali berdepan sebarang tekanan, perkara pertama yang dilakukannya adalah bermuhasabah diri.
“Bila saya rasa saya ada perkara-perkara yang buat saya stress, saya akan muhasabah balik dan cari apa amalan yang saya boleh buat untuk kurangkan serabut.
“Macam saya, saya ada beberapa amalan yang saya suka dan boleh buat dalam kuantiti yang banyak.
“Kadang-kadang benda ni bukan sahaja sebab penat jaga anak atau busines. Jadi perkara paling senang yang orang semua boleh buat sama ada dia boleh solat atau tidak adalah zikir.
“Zikir ni awak sendiri tak perlu berwuduk, tutup aurat, tapi hanya menggerakkan lisan dan ikhlaskan hati.
“Macam saya nak ikhlas? Itu pertama saya akan cari maksud zikir yang akan saya amalkan, tengok fadhilat dia apa… at least kita kena tahu story dia a bit.
“Tak ada benda lain yang boleh jadi ubat kepada masalah manusia kecuali dengan zikir, baca al-Quran dan doa.
“Pada pandangan saya, sebelum saya melakukan sesuatu atau berniat… benda yang boleh make it happen to me adalah berdoa pada Allah SWT melalui doa-doa dan bangun pada waktu yang Allah dah janjikan,” katanya.




