Gempa bumi 5.0 skala Richter landa bahagian tengah Myanmar

Gempa bumi 5.0 skala Richter landa bahagian tengah Myanmar
Gempa bumi 5.0 skala Richter landa bahagian tengah Myanmar

Gempa bumi sederhana landa tengah Myanmar pagi Jumaat, berukuran 5.0 pada skala Richter.

YANGON – Gempa bumi berukuran 5.0 skala Richter melanda kawasan tengah Myanmar kira-kira 10.59 pagi waktu tempatan pada Jumaat, lapor agensi berita Xinhua memetik Jabatan Meteorologi dan Hidrologi (DMH) negara itu.

Menurut laporan, pusat gempa berada pada kedalaman 10 kilometer dan terletak kira-kira lima batu ke tenggara bandar Wundwin di wilayah Mandalay. – Bernama-Xinhua

Scroll to Top