Penyanyi yang juga adik kepada aktor, Aliff Aziz iaitu Aisyah Aziz meluahkan rasa syukur apabila majlis perkahwinannya bersama abang kepada pendakwah bebas popular, PU Riz iaitu Dr Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail berjalan lancar dan dipermudahkan.
Memetik laporan Harisn Metro, Aisyah memaklumkan majlis perkahwinanya dijalankan secara intimate iaitu hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat kedua belah pihak sahaja.
“Majlisnya sederhana dan intim persis seperti yang kami impikan. Setiap detik terasa tulus, tenang dan sangat bermakna,” katanya kepada pemberita.
Dalam pada itu, Aisyah atau nama lengkapnya, Nur Aisyah Aziz, 30, berkata, dia berharap perkahwinan yang dibina bersama suami tercinta berjalan lancar dan sentiasa berlandaskan cinta, iman serta proses saling belajar menjalani fasa rumah tangga.
ARTIKEL BERKAITAN:Aisyah Aziz Kini ‘Biras’ Neelofa, Selamat Nikahi Abang PU Riz
ARTIKEL BERKAITAN:Gaya Penampilan Hijab Dikritik, Aisyah Aziz Anggap Kritikan Negatif Satu ‘Racun’ – “Memang Panas Pakai Tudung…”
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Suka Orang Yang Tenang, Memilih Kata Yang Bijak & Tidak Meninggikan Suara… Mereka Beri Inspirasi” – Kongsi Video Motivasi, Aisyah Aziz Tuju Pada Siapa?
Sumber: Harian Metro