Konflik rumah tangga pelakon dan model, Zahnita Wilson kembali hangat diperkatakan selepas pelbagai bukti dibongkar oleh rakan perniagaannya baru-baru ini.
Bagaimanapun, seakan sudah penat dengan spekulasi yang tular, Zahnita atau nama penuhnya, Zahnita Dorothy Hussein Wilson berkata, dia bakal bersikap ‘transparent’ dan menjawab segala persoalan berhubung isu rumah tangganya termasuklah dakwaan putar belit cerita dipukul suami serta isu berbangkit lain pada 18 April ini.
Perkara itu dikongsi Zahnita menerusi hantaran yang di muat naik di ruangan Instagram story miliknya.


Mengulas lanjut, Zahnita, kini mahu menenangkan diri dn terpaksa berehat daripada menerima tempahan pai yang diusahakannya.
“Saya sangat penat, berada di ambang keletihan, dan mengalami ‘burnout’ secara mental serta fizikal.
“Biarkan saya berehat seketika, insya-Allah saya akan buka semula tempahan minggu depan,” kongsinya.
Terdahulu, isu ini kembali hangat diperkatakan selepas individu yang dikenalis ebagai Hanisah tampil mendedahkan beberapa bukti berupa pesanan Whatsapp yang diterimanya daripada Zahnita.
Malah, dakwa wanita berkenaan, Zahnita adalah orang yang bertanggungjawab ke atas tuduhan mengambil dadah yang disabitkan ke aas suaminya sebelum ini.
ARTIKEL BERKAITAN:Rakan Bisnes Bersuara Lagi! Suami Dakwa Zahnita Letak D*dah Dalam Makanan?
ARTIKEL BERKAITAN:Dituduh Putar Belit Cerita Isu Dipukul Suami, Zahnita Wilson Dedah Laporan Perubatan Alami Kecederaan Di Mata & Telinga
ARTIKEL BERKAITAN:Bekas Rakan Bisnes Dakwa Zahnita Wilson Putar Belit Cerita, Kisah Dipukul Suami Tidak Benar?




