Bendera Pahang dikibar separuh tiang esok

Bendera Pahang dikibar separuh tiang esok

am@hmetro.com.my

Kuantan: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan bendera negeri Pahang dikibarkan separuh tiang, esok.

Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Nazri Abi Bakar, berkata titah baginda bagi menzahirkan penghormatan atas kembalinya ke rahmatullah Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, semalam.

“Menjunjung titah perintah Al-Sultan Abdulllah adalah dimaklumkan bahawa bendera Negeri Pahang Darul Makmur hendaklah dikibarkan separuh tiang pada 16 April 2025 (Rabu),” katanya dalam kenyataan hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top