Empat cedera dalam kemalangan lima kenderaan di LPT2

Empat cedera dalam kemalangan lima kenderaan di LPT2

am@hmetro.com.my

Dungun: Empat cedera sementara 14 lagi mangsa selamat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Lebuh Raya Pantai Dua (LPT2), dekat Hentian Rawat dan Rehat (RNR) Paka, arah Kuala Terengganu, malam ini.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Paka, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Bakri Abdul Rahman berkata, panggilan berhubung kemalangan itu diterima jam7.39 malam.

Menurutnya, sepasukan tiga anggota bomba dengan sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian.

“Lima kenderaan iaitu Nissan Almera, Toyota Vios, Proton Persona, Perodua Aktiviti dan Toyota Velfire terbabit dalam kemalangan itu.

“Dua wanita dewasa dan dua kanak-kanak perempuan yang berada di dalam kenderaan Nissan Almera cedera.

“Kesemua mangsa yang cedera itu dibawa ambulans ke Hospital Dungun untuk menerima rawatan lanjut dan operasi ditamatkan sepenuhnya jam 8.50 malam, ” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top