LATEST

PRN Sarawak: GPS menang tanpa bertanding di 8 kerusi setakat 10 Pagi – SPR

PRN Sarawak: GPS menang tanpa bertanding di 8 kerusi setakat 10 Pagi – SPR

Kuching: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menang tanpa bertanding di lapan daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), selepas tamat proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.

Baca juga: 28 anggota pasukan khas sertai Eks Harimau Kota

Berdasarkan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat 10 pagi ini, kerusi berkenaan ialah Gedong yang diwakili Premier Sarawak yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Tanjong Datu ( Azizul Annuar Adenan) dan Tupong (Fazzrudin Abdul Rahman).

Turut menang tanpa bertanding ialah Yussuf Chik di DUN Simunjan, Sebuyau (Julaihi Narawi), Beting Maro (Awg Nashfarini Awg Sarbini), Daro (Safiee Ahmad) dan Katibas (Lidam Assan).

Majoriti mudah yang diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri ialah 42 kerusi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news