mdroji@bh.com.my
Baca juga: Suspek bunuh wanita ditahan selepas skuter rempuh gajah
Gedong: Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg bakal berdepan calon Bebas bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-13 (PRN13).
Beliau tiba di Pusat Penamaan Calon (PPC) di Dewan Masyarakat Gedong sekitar jam 8.40 pagi diiringi pencadang Datuk Seri Mohd Naroden Majais dan penyokong Penghulu Francis Kunche.
Beliau akan dicabar oleh calon Bebas, Sahari Pet yang tiba di PPC sekitar jam 8.20 pagi.
Ketibaan Sahari diiringi pencadangnya Rambli Jamain dan penyokong Jonnie Sahari.
Pengesahan calon yang akan bertanding akan diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Jamain Wahab pada 10 pagi.
© New Straits Times Press (M) Bhd