LEBIH 300 pembeli rumah layak menyertai Cabutan Kedua Kempen Bonanza Memenuhi Impian 2026 anjuran UDA Holdings Berhad (UDA) yang berlangsung pada Jumaat dengan menawarkan enam hadiah bernilai hampir RM100,000 termasuk sebuah kereta elektrik Proton e.MAS 5.Cabutan bersempena dengan sambutan ulang tahun UDA ke-55 itu turut menawarkan lima keping emas HABIB seberat lima gram setiap satu dengan ketulenan 999.9.Cabutan Hadiah Utama yang dijadualkan berlangsung pada April 2027 menawarkan sebuah unit kediaman Residensi Dedaun bernilai RM508,000 di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor dan 10 keping emas HABIB seberat lima gram setiap satu dengan ketulenan 999.9.Kempen yang diperkenalkan pada Jun lalu itu berlangsung sehingga 31 Disember 2026 dengan melibatkan 21 pembangunan kediaman dan komersial UDA di seluruh negara.Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Datuk Seri Ahmad Fuaad Kenali berkata, Kempen Bonanza Memenuhi Impian 2026 meneruskan komitmen UDA dengan memberi peluang kepada pembeli untuk memiliki kediaman di samping memenangi hadiah cabutan bertuah yang menarik.Menurut beliau, sepanjang 55 tahun penubuhannya, pihaknya menyokong usaha tersebut melalui pembangunan hartanah dan pembentukan komuniti yang inklusif serta mampan.”Selaras dengan aspirasi ‘UDA Memenuhi Impian’, kami akan terus memberi tumpuan kepada menyediakan pilihan hartanah yang memenuhi keperluan dan kemampuan masyarakat.”Cabutan sempena ulang tahun ke-55 ini menjadi tanda penghargaan atas kepercayaan para pembeli terhadap produk hartanah kami,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Cabutan Bertuah Kempen Bonanza Memenuhi Impian 2026 di Odeon Kuala Lumpur pada Jumaat.Ahmad Fuaad berkata, kempen berkenaan menyasarkan nilai jualan kasar sebanyak RM200 juta dan telah mencapai 70 peratus daripada sasaran tersebut setakat ini.Tambah beliau, kempen tersebut turut memperkenalkan Program Referral bagi memperluas capaian kepada bakal pembeli melalui pelanggan dan rangkaian komuniti.”Penyertaan kesemua cabutan ini tertakluk kepada terma dan syarat kempen,” katanya.
Cabutan bertuah Kempen Bonanza UDA tawar kereta e.MAS, rumah bernilai lebih setengah juta ringgit
Malay News | https://www.malay.news/cabutan-bertuah-kempen-bonanza-uda-tawar-kereta-e-mas-rumah-bernilai-lebih-setengah-juta-ringgit/