TANJONG MALIM: Profesor Kesusasteraan di Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Dr. Azhar Wahid bersyukur berjaya membimbing lima mahasiswa doktor falsafah sehingga tamat.
Kelima-limanya menerima ijazah doktor falsafah yang disampaikan oleh Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim yang juga Canselor UPSI pada Istiadat Konvokesyen Ke-28.
Baca juga: Kecuaian pembekal punca pelajar MRSM dihidangkan ayam mentah – EXCO
“Saya bersyukur membimbing mereka yang mengkaji bidang kesusasteraan walaupun daripada latar belakang profesion pengurusan,” katanya.
Pelajar terlibat ialah Dr. Mohamad Murad Mahyudin Muheji, 60, seorang konsultan korporat; Dr. Meor Mohd Faizul Abd Karim, 48, anggota Tentera Darat Malaysia; Dr. Rudy Kurniawan Usman, 50, seorang pemilik syarikat audit dan setiausaha syarikat; Dr. Abdul Wahab Alias, 60, seorang pengurus di Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dan Dr. Nor Fairuzshida Zulkifli, 41, petugas syarikat Maritim Sdn. Bhd.
“Walaupun semua memiliki sarjana dalam bidang pengurusan, saya kagum dengan ketekunan mereka mengkaji teks sastera menerusi pendekatan pengurusan,” katanya.
Prof. Azhar menggunakan Pendekatan Pengurusan Sastera Prof Mohamad Mokhtar Hassan dari Universiti Malaya berbanding kebiasaan menggunakan teori kesusasteraan Barat. – UTUSAN
The post Prof. Azhar ‘lahir’ lima graduan doktor falsafah appeared first on Utusan Malaysia.