Pempengaruh dan model jelita, Marissa Dania meluahkan rasa kesal selepas nama suaminya, Aslam teruk dikritik sehingga digelar sebagai seorang pedofilia.
Gelaran tersebut tercetus selepas ibunya, pelakon dan usahawan Abby Abadi memaklumkan Marissa dan Aslam sudah mempunyai hubungan sejak anaknya itu di bangku sekolah lagi.
Tampil menepis dakwaan tersebut, Marissa mengakui mereka berkawan namun tidak menjalinkan hubungan cinta seperti didakwa ibunya.


Malah, Marissa turut meminta agar Abby berhenti menyebarkan cerita yang tidak benar secara terbuka di media sosial kerana akan mengeruhkan keadaan.
Dalam pada itu, Marissa juga menjelaskan dia sudah menghubungi ibunya secara baik bagi menyelesaikan konflik tersebut namun panggilannya tidak dijawab.

Ketegangan antara Abby dan Aslam terus menjadi bualan hangat warganet, terutama apabila kedua-duanya memilih untuk saling berbalas kenyataan secara terbuka di media sosial.
Situasi semakin tegang apabila muncul desakan agar Abby tampil memohon maaf kepada isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan yang juga merupakan madu kepada Marissa.
Namun, Abby tidak bersetuju dengan permintaan tersebut, malah menegaskan Aslam, sebagai menantunya sepatutnya tampil dan memohon maaf kepadanya terlebih dahulu.




