Impian Jadi Kenyataan! Wajah Marsha Milan Kini Terpampang Di Billboard New York… Dilantik Duta Spotify Asia Equal April 2025

Impian Jadi Kenyataan! Wajah Marsha Milan Kini Terpampang Di Billboard New York… Dilantik Duta Spotify Asia Equal April 2025

Penyanyi popular, Marsha Milan bersyukur apabila wajahnya kini muncul menghiasi papan iklan di kota metropolitan Times Square, New York.

Teruja melihat kejayaan yang dikecapinya sehingga kini, Marsha mengaku, setiap kejayaan yang diraihnya kini memerlukan pengorbanan dan ia sama sekali  tidak mudah.

“Melihat diri saya di papan iklan di Times Square, New York melangkaui impian terliar saya! Terima kasih #SpotifyEQUAL kerana membenarkan saya menjadi sebahagian daripada kempen ini.

“Sebagai artis wanita dari Borneo, perjalanannya tidak selalunya mudah, tetapi detik-detik seperti inilah yang mengingatkan saya mengapa saya bermula. Terima kasih @spotifyasia kerana menguatkan suara kami kepada dunia.

“Kepada rakan-rakan wanita saya dalam muzik, suara anda penting dan kami perlu mendengar lebih banyak lagi,” katanya.

 

Bukan itu sahaja, pemilik trofi Anugerah Juara Lagu Ke-36 ini juga turut dilantik sebagai duta EQUAL Spotify Asia untuk bulan April 2025.

Scroll to Top