Kemelut rumah tangga anaknya masih belum selesai, pelakon Abby Abadi bagaimanapun tampil mempertahankan dirinya.
Mengaku sedih dengan apa yang dihadapinya kini, Abby atau nama Penuhnya, Arbaiyah Abdul Manan meluahkan isi hati apabila bekas suami yang juga pelakon dan usahawan, Norman Hakim dilihat bersikap acuh tak acuh mengenai isu anak mereka, Marissa Dania.
Menerusi perkongsian di Threads, pelakon drama rantaian Gerak Khas itu berkata, sejak perceraiannya bersama Norman, dia adalah individu yang bertanggungjawab menjaga segala keperluan anak-anaknya.
“Masalah tak pernah cuba nak selesaikan. Hal dengan saya, apa yang tertunggak? Memang terabai terus.
“Tapi yang saya geram dan marah sangat, hak anak-anak dengan dia ni (Norman) ambil mudah je semua. Dari anak kecil sampai dah besar. Tak adil langsung.
“Sejak bercerai, makan, pakai, tempat tinggal semua tak peduli. Dari tak berduit sampai dah kaya,” katanya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet meluahkan rasa geram dengan tindakan Norman yang dilihat sebagai seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab.
sekaligus, mendoakan agar segala usaha dan ujian yang menimpa Abby digantikan dengan sebaik-baik pembalasan.




