KUALA LUMPUR: Lima pemain skuad senior antara 29 yang disenaraikan ketua jurulatih skuad projek khas lelaki kebangsaan, Wallace Tan dalam mempersiapkan pasukan menghadapi saingan Piala Remaja Asia 2021 di Dhaka, Bangladesh pada 1 hingga 10 Julai depan.
Mereka yang disenaraikan adalah Azrai Aizad Abu Kamal, Muhammad Noor Firdaus Rosdi, Muhammad Arif Syafie Ishak, Syarman Mat Tee dan Pavandip Singh Gurdip Singh yang sebelum ini dipanggil menyertai sesi latihan bersama skuad senior kebangsaan sebelum bermulanya saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2021 yang ditunda ke Julai atau Ogos depan.
Kejohanan yang menawarkan empat slot automatik ke Piala Dunia Remaja 2021 itu sudah pun menyaksikan India layak menerusi tiket tuan rumah dan Malaysia tentunya mahu memburu baki tiga lagi slot ditawarkan.
Justeru, tatkala berbaki dua bulan menjelang kejohanan itu, Wallace berharap setiap pemain dipanggil berusaha keras untuk membuktikan kebolehan selain dapat membentuk kerjasama sebagai satu pasukan.
“Apa yang saya mahukan daripada 29 pemain ini adalah meningkatkan lagi tahap permainan serta kualiti mereka, perbaiki kelemahan untuk menjadi yang lebih baik dan terapkan semangat untuk berjuang dengan lebih tinggi serta bermain sebagai satu pasukan.
“Setiap pemain berpeluang untuk berada dalam senarai 18, namun mereka perlu berusaha lebih gigih lagi untuk memastikan tempat mereka dalam senarai akhir yang akan beraksi di kejohanan itu nanti selain mereka perlu menunjukkan yang mereka mempunyai kualiti jika mahu tersenarai,” kata Wallace.
Senarai 29 pemain Skuad Projek Khas Lelaki 2021
Penjaga Gol
Che Shahrul Azmi Che Saupi
Muhammad Hamiz Mohd Ahir
Mohd Aidil Mohd Shah
Pertahanan
Muhammad Arif Shafie Ishak
Muhammad Nur Asyraf Ishak
Syarman Mat Tee
Muhammad Saifuddin Ali
Muhammad Kamarulzaman Kamaruddin
Muhammad Amirul Hamizan Azahar
Muhammad Shafiq Hassan
Adam Aiman Mamat
Muhammad Fahmi Khalid
Tengah
Shello Silverius
Muhammad Nursyahmi Zukifli
Muhammad Syawal Abd Razak
Nasrul Syahkhir Sadikul
Muhammad Hafizi Zainuddin
Alfarico Lance Liau Jr
Muhammad Izham Azhar
Pavandip Singh Gurdip Singh
Muhammad Syamim Naim Abd Hamid
Penyerang
Muhammad Noor Firdaus Rosdi
Mohamad Akhimullah Anuar Esook
Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal
Muhammad Amirul Haniff Mamat
Muhammad Muhibuddin Moharam
Muhajir Abdu Rauf
Mohamad Shamir Rizmi Mohd Shamsul
Nukman Hakim Mohamad
© New Straits Times Press (M) Bhd




