39 alami demam, batuk, ruam selepas sertai perkhemahan di Yan

39 alami demam, batuk, ruam selepas sertai perkhemahan di Yan

am@hmetro.com.my

Alor Setar: Seramai 39 pelajar dan kakitangan sebuah sekolah di negeri ini dilaporkan mengalami simptom demam, batuk dan ruam selepas menyertai program perkhemahan di Yan, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri, Mansor Zakaria berkata seramai 763 pelajar dan kakitangan sekolah terbabit terbabit dalam program di tapak perkhemahan persendirian itu.

Katanya, seramai 39 peserta dilaporkan mengalami simptom berkaitan selepas pulang menyebabkan mereka terpaksa mendapatkan rawatan.

“Kesemua pelajar yang mempunyai simptom menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani dan keadaan mereka dilaporkan stabil ketika ini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mansor berkata, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengetahui punca kejadian.

Katanya, beliau sendiri akan melakukan lawatan ke tapak perkhemahan terbabit petang ini, bagi mendapatkan maklumat.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top