Nama penyanyi Adira Suhaimi kembali menjadi sebutan selepas wujud dakwaan yang mengaitkannya dengan satu kejadian pergaduhan melibatkannya bersama bekas isteri kepada Datuk Red, Syarifah Norshafila Hashim.
Dakwaan itu tercetus selepas bekas isteri Datuk Red memuat naik satu kenyataan di Instagram Story, mendedahkan dia pernah terlibat dalam pertengkaran fizikal sehingga mencakar seorang wanita di dalam kediamannya.
Artikel Berkaitan: Bekas Isteri Datuk Red Akui Pernah Cakar Seorang Wanita Ketika Di Dalam Rumah – “Aku Terajang Sampai Terpelanting”
Memetik laporan Harian Metro, Adira bagaimanapun Adira menafikan dirinya terbabit dalam insiden tersebut.
“Saya tidak tahu-menahu mengenai kenyataan yang dimuat naik itu. Namun, jika benar dia ada bergaduh dengan seorang wanita dalam rumah, saya boleh pastikan wanita itu bukan saya.
“Lebih baik tanya sendiri kepada dia siapa yang dimaksudkan, sebab saya yakin saya bukan orangnya,” katanya.
Adira turut menambah hubungannya dengan bekas madu masih berjalan baik dan tidak pernah berlaku sebarang konflik antara mereka.
“Saya dan bekas madu masih berkawan. Tidak ada isu pun antara kami,” katanya.
Sekadar info, Adira berkahwin dengan usahawan terkenal, Datuk Red, pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand, sebagai isteri kedua.
Namun pasangan itu sah bercerai pada 24 April 2024.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 7 tahun, Asan,6, Anggun,5, dan Ayob yang kini berusia dua tahun.
Sumber: Harian Metro




