Suami Isteri Kena ‘Rush’ Di Bilik Hotel

Suami Isteri Kena ‘Rush’ Di Bilik Hotel

Sepasang suami isteri dari Selangor tak sangka malam mereka di Melaka akan jadi detik yang tak akan dilupakan seumur hidup.

Bayangkan tengah gosok baju sambil anak sedang nyenyak tidur, tiba-tiba bilik hotel diketuk bertalu-talu pada jam 2 pagi.

Pejabat agama ketuk bilik hotel jam 2 pagi

Rupa-rupanya, ia adalah serbuan dari Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang membuat pemeriksaan mengejut.

Kisah ini dikongsikan sendiri oleh pengguna TikTok @Haahlahzet yang meraih lebih 2 juta tontonan.

Dalam rakaman tersebut, kelihatan beberapa anggota penguat kuasa JAIM dan polis sedang membuat pemeriksaan di hotel mereka.

Memetik laporan Sinar Harian, pasangan ini ke Melaka kerana menghadiri majlis perkahwinan. Ketika pintu bilik hotel diketuk, Zett sedang menggosok baju dan anak-anaknya tidur.

Pegawai minta dokumen, minta maaf

pejabat agama

Zett berasa panik mendengar ketukan pintu bertalu-talu pada lewat malam itu. Suaminya sempat mengintai dari lubang pintu dan ternampak kelibat beberapa individu menutup cermin dengan jari.

Ramai pegawai JAIM dan polis (luar pintu) mereka cakap nak periksa. Sementara saya siap nak tutup aurat, suami sempat rakam.

Mujurlah pasangan ini sah sebagai suami isteri dan suaminya memang menyimpan kad nikah dalam dompet.

Perasaan kena ‘rush’ tu memang gementar walaupun tak buat salah… Pegawai JAIM sangat berhemah dan sempat minta maaf sebab ganggu.

Pegawai JAIM juga meminta dokumen pengenalan untuk pengesahan dan menurut Zett mereka menjalankan tugas dengan sangat berhemah.

Pssttt! Kena serbu tiba-tiba mestilah rasa gementar kan. Automatik rasa panik dan berpeluh!

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Scroll to Top