KUALA LUMPUR – Parti Cinta Malaysia yang kini dijenamakan sebagai Parti Wawasan Negara (Wawasan) mengumumkan tidak akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dijadualkan berlangsung pada 11 Julai nanti.
Presidennya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, bagaimanapun mereka akan bertanding dalam PRN Negeri Sembilan.
“Tapi, tidak menyertai (PRN Johor) bukan bermakna kita tidak menyokong mana-mana calon. Kita akan menyokong calon-calon (tertentu).
“Ini saya akan umumkan selepas Majlis Tertinggi (Perikatan Nasional atau PN) bersidang tidak lama lagi untuk menyatakan siapa yang akan kita sokong,” katanya yang juga Ketua Pembangkang dalam sidang media di pejabat beliau di sini pada Khamis.
AKAN MENYUSUL



