Pengarah dan penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam mencuri tumpuan selepas tular sebuah video mesra menari bersama isteri tercinta, Datin Patimah Ismail.
Video tular di platform TikTok itu memaparkan Yusof dilihat merangkul erat serta mengucup tangan isterinya dengan penuh rasa cinta, sambil menari berlatarbelakangkan lagu berjudul Permata Untuk Isteri.
Kemesraan yang dipaparkan oleh Yusof terhadap isterinya itu nyata telah menyentuh perasaan netizen yang sebak melihat caranya menghargai dan memuliakan isterinya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen mendoakan kesejahteraan rumah tangga pasangan tersebut.
Malah ada juga segelintir daripada mereka memberi pendapat agar anak anak mereka, pengarah dan pelakon sensasi, Syamsul Yusof mencontohi bapanya terutama dalam mengangkat darjat isteri dalam rumah tangga.
@selendangputih11 Romantiknya DYH Kesetiaan seorang lelaki sangat2 mahal🫡 Disebalik kejayaan seorang lelaki ada wanita disamping mendampingi..demikianlah DYH sangat2 menghargai isteri beliau.. Mudah-mudahan DYH dan isteri dikurniakan kebahagian yang berpanjangan hingga ke akhir hayat dan seterusnya membawa ke Jannah🤲 Mudah-mudahan juga Datuk dan Datin sihat walafiat selalu🤲 #DYH #rumahterbukaDYH
♬ original sound – Wan Safrie Selendang Putih – Wan Safrie Selendang Putih




