Brek mengejut, leka tengok kemalangan punca nahas 14 kenderaan di BKE

Brek mengejut, leka tengok kemalangan punca nahas 14 kenderaan di BKE

am@hmetro.com.my

Butterworth: Memberhentikan kenderaan secara mengejut dan leka melihat kemalangan menjadi punca nahas 14 kenderaan di Kilometer (KM) 12, Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE) menghala Seberang Jaya, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, kaunter aduan trafik menerima maklumat daripada orang awam, 7.10 pagi berhubung kemalangan membabitkan 12 kereta dan dua motosikal.

“Siasatan polis mendapati kemalangan berlaku apabila kereta jenis Honda City memberhentikan kenderaan secara mengejut kerana kesesakan lalu lintas di hadapan mengakibatkan pelanggaran bahagian belakang kereta-kereta lain.

“Selepas kejadian itu, dua motosikal yang melalui tempat kejadian telah berlanggar sesama sendiri berpunca salah seorang penunggang motosikal leka melihat kemalangan 12 kereta yang berlaku.

“Akibat insiden terbabit, lapan pemandu kereta dan dua penunggang motosikal mengalami cedera ringan yang kesemua mereka telah menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ),” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Jelasnya, siasatan dijalankan mengikut Kesalahan Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule10 LN/166/59.

2 penunggang motosikal cedera dalam nahas 14 kenderaan di BKE

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top