22 pegawai kanan PDRM naik pangkat, tukar jawatan

22 pegawai kanan PDRM naik pangkat, tukar jawatan

hafidzul@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Seramai 22 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dinaikkan pangkat dan pertukaran jawatan berkuat kuasa 9 Jun ini.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Kamaruzaman Abdullah berkata, pertukaran membabitkan Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Pemalsuan/Pelaburan Bersindiket), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC) Mohd Mahidisham Ishak.

Katanya, Mohd Mahidisham dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah (Siasatan), JSJK Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis (DCP).

“Ketua Penolong Pengarah (Kewangan), Bahagian Kewangan/Perolehan/Kepolisan Am, Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Asisten Komisioner (ACP) Rohana Abdul Rahman pula dilantik ke jawatan Timbalan Pengarah (Kewangan/Perolehan/Kepolisan Am) di jabatan sama dengan memangku pangkat SAC.

“ACP Zuraimi Zam Zam, yang sebelum ini berkhidmat sebagai Penolong Pengarah (D6) Bantuan Teknik, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, kini menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah bahagian sama dengan memangku pangkat SAC,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pertukaran lain membabitkan Timbalan Ketua Cawangan Khas (Pengurusan dan Koordinasi), Sarawak, ACP Mahbub Mustofa Norsalim bertukar sebagai Penolong Pengarah E8A, Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.

“ACP Dr S Parusuraman yang sebelum ini memegang jawatan Penolong Pengarah Koordinasi Sumber Sokongan (Polis Bantuan/Agensi Kawalan Keselamatan), Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, kini dilantik sebagai Ketua JPJKK Sarawak.

“Beliau akan memangku pangkat SAC. Manakala ACP Ahsmon Bajah bertukar daripada jawatan Ketua Polis Daerah Sandakan, Sabah kepada Ketua Jabatan Pengurusan, Sabah dengan memangku pangkat SAC,” katanya.

Selain itu, katanya, ACP Zulkifli Abu Bakar yang menyandang jawatan Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi, Sarawak, dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Pengangkutan), Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.

Kamaruzaman berkata, ACP Suffian Sulaiman yang bertugas sebagai Pegawai Turus Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Kuala Lumpur, dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan di jabatan sama, juga memangku pangkat SAC.

“Pertukaran turut membabitkan Superintendan Hal Ehwal Perundangan, Urus Setia JSJ Bukit Aman, Superintendan Siti Rozaida Aripin dinaikkan ke jawatan ACP Seksyen Pengurusan Kualiti, Urus Setia Pejabat KPN.

“Superintendan Mohd Khairul Al Helmi Burhanuddin pula bertukar dari jawatan Supt Pengajian Sains Kepolisan (5), Pusat Pengajian Sains Pengurusan, Maktab PDRM ke jawatan ACP, Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM), Kementerian Dalam Negeri dengan memangku pangkat ACP,” katanya.

Selain itu, Superintendan Nor Hafizah Nor Hamid yang sebelum ini bertugas sebagai Ajutan Bahagian Urus Tadbir/Kepolisan Am, Maktab PDRM, dilantik sebagai ACP Pensyarah, Cawangan Pengajian Siasatan Jenayah, Maktab PDRM.

Pegawai lain yang ditukar jawatan membabitkan pelbagai bahagian termasuk Cawangan Khas, Pasukan Gerakan Khas, Polis Marin, pelbagai jawatan di kontinjen negeri serta Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top