Pelakon dan pengacara popular, Janna Nick sekali lagi mencuri tumpuan apabila menerima kritikan hangat daripada warganet gara-gara soalan ‘berani mati’ yang diajukan kepada pelakon tampan, Fattah Amin.
Menerusi sebuah episod podcast yang dikendalikannya, Janna mencetuskan kontroversi apabila bertanya kepada Fattah tentang perasaannya bergelar duda selepas kegagalan rumah tangga namun soalan itu dianggap ‘kurang manis’ memandangkan Janna sendiri kini bergelar isteri.
“Lelaki bila sudah berpisah apa yang dia rasa? Dia rasa happy, terlepas dari beban..dia rasa macam tak payah nak hadap perempuan gila ni ke? Contoh, bukan bekas isteri kau. Aku cakap situasi lelaki, awak semua jangan salah.
“Situasi seorang lelaki yang rumah tangganya kecundang dan mereka bergelar seorang duda. Macam mana rasanya menjadi duda?,” soalnya.
Netizen menyifatkan soalan itu sebagai tidak sensitif, biadab dan mempermainkan isu peribadi yang tidak wajar disoal kepada mana-mana pihak.
Namun begitu, ramai yang tetap memuji reaksi Fattah yang kekal tenang dan profesional menjawab persoalan tersebut tanpa sebarang emosi berlebihan.




Sekadar info, Fattah dan aktres jelita, Fazura, mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017, namun jodoh mereka tidak panjang apabila pasangan itu sah bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya.




