'Manja Land' khas untuk pembeli MR DIY bersantai

'Manja Land' khas untuk pembeli  MR DIY bersantai

Kuala Lumpur: MR DIY Group (M) Bhd melancarkan inisiatif terbaharunya, kempen Manja Land, ‘Minta Maaf, MR DIY Terlalu Memanjakan Anda’, dari 9 hingga 11 Mei.

Kempen berkenaan bertujuan menghargai pelanggan dengan menawarkan pengalaman yang lebih istimewa yang melangkaui jenamanya iaitu barangan pada mampu milik dan nilai berpatutan.

MR DIY dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya menganjurkan Manja Land di MR DIY PLUS Mid Valley Megamall, dengan mengubah ruang menjadi sebuah tempat bersantai dan sesi memanjakan diri untuk para pelanggan yang mengunjungi kedai itu.

Peruncit barangan pembaikan rumah itu berkata inisiatif berkenaan merupakan satu ‘permohonan maaf’ secara santai sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia atas sokongan tidak berbelah bahagi mereka dalam menjadikan MR DIY sebagai destinasi utama untuk pelbagai keperluan rumah pada Harga Sentiasa Rendah.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top