Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini melepas dan membebaskan sepenuhnya pelakon, Hafidz Roshdi daripada tuduhan mencederakan bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.
Lapor Harian Metro, keputusan itu dibuat Majistret, Nurul Izzah Hasan selepas pengadu menarik balik laporan polis dan tidak mahu meneruskan kes.
Pengadu tarik laporan, Hafidz dibebaskan sepenuhnya

Ketika ditemui, peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Hafidz berkata perintah dilepas dan dibebaskan sepenuhnya (Acquittal and Discharge) adalah berasaskan prinsip keadilan selepas pengadu tidak lagi berhasrat meneruskan laporan.
Ujarnya, jika diberi DNAA (Discharge Not Amounting to Acquittal), Hafidz masih boleh dituduh semula pada bila-bila masa.
Namun, DNAA adalah tidak adil memandangkan pengadu sendiri mahu menyelesaikannya secara baik.
Hari ini sepatutnya hari bicara, namun pengadu tetap tidak hadir. Sebelum ini juga dia tidak hadir atas alasan berada di luar negara dan mahkamah sudah memberikan tarikh akhir iaitu hari ini. Wang jaminan sebanyak RM4,000 turut dipulangkan kepada penjamin, iaitu bapa Hafidz.
Hafidz luah rasa lega

Bagi Hafidz pula, dia sangat bersyukur dan berasa lega kerana kes yang disabit dengannya akhirnya selesai dengan baik.
Pelakon ini menyatakan dia mahu meneruskan hidup ke hadapan dan tidak mahu bermusuhan.
Pssttt! Selepas dua tahun, akhirnya selesai juga kes ini kan. Lepasni masing-masing boleh fokus dengan diri sendiri pula. Siapa rindu Hafidz berlakon angkat ketiak!
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.




