Dapat Mimpi Petanda Buruk, Watie Hanifiah Reda Alami Keguguran – “Maafkan Mummy Tak Jaga Bintang Dengan Baik”

Dapat Mimpi Petanda Buruk, Watie Hanifiah Reda Alami Keguguran – “Maafkan Mummy Tak Jaga Bintang Dengan Baik”

Isteri kepada pelawak terkenal Shuib, iaitu Watie Hanifiah, berkongsi berita duka apabila memaklumkan dirinya mengalami keguguran.

Perkongsian itu dibuat menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya. Watie, atau nama penuhnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 37, berkata dia sudah merasai petanda awal ‘bintang kecil’ yang dikandungnya itu tidak akan bersama lama.

Meskipun menanti penuh harapan untuk menimang cahaya mata setelah mendirikan rumah tangga bersama Shuib, Watie reda menerima ketentuan Ilahi atas kehilangan permata hati yang hanya sempat dirasai seketika kehadirannya.

Dalam masa sama, Watie turut menzahirkan ucapan terima kasih dan rasa terharu atas doa serta kata-kata semangat yang diterima daripada keluarga, sahabat dan rakan selebriti yang tidak putus-putus memberikan sokongan.

Sekadar info, Watie dan Shuib telah sah bergelar suami isteri pada 23 Jun 2023.

Scroll to Top