TLDM siasat insiden bot hilang kawalan ketika raptai LIMA '25

TLDM siasat insiden bot hilang kawalan ketika raptai LIMA '25

mhafis@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menubuhkan lembaga siasatan susulan sebuah bot hilang kawalan ketika raptai demonstrasi keupayaan hari ini.

TLDM berkata, insiden berlaku ketika raptai sempena perasmian Segmen Maritim Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi2025 (LIMA ’25).

“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan parah yang dialami oleh kru bot terbabit akibat insiden ini.

“Namun, kru dihantar ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, TLDM akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top