“Turunkan Posting Segera Atau See You In Court” – Siti Jamumall Nafi Cerai Hanya Marketing | Oh! Media

“Turunkan Posting Segera Atau See You In Court” – Siti Jamumall Nafi Cerai Hanya Marketing | Oh! Media

Usahawan dan pempengaruh sensasi, Siti Jamumall menafikan isu penceraian dengan suami baru-baru ini adalah teknik marketing semata-mata.

BACA: “Otak Kau Okey Ke Tak? Sebab Dadah Kau Jadi Macam Ni” – Siti Jamumall Kena Cerai Talak 2 Secara ‘Live’

Menerusi hantaran terbaru di TikTok, Siti memohon penfitnah menurunkan posting dengan segera atau berdepan tindakan saman daripadanya.

“Fitnah, stop it” – Siti Jamumall

Terdahulu, pemilik akaun TikTok @jodohfinder mendakwa Siti dan suaminya telah rujuk kembali. Malah dakwanya, apa yang berlaku di live yang disaksikan 20,000 penonton adalah marketing.

Dia juga menyindir Siti akan tampil dengan produk terbaru selepas ini.

Namun, Siti yang masih belum pulih daripada apa yang berlaku memohon mentalnya tidak dikacau dengan penyebaran fitnah seperti itu.

Tolong jangan kacau mental aku dan buat fitnah macam ni yang boleh buat orang salah faham. Turunkan posting ini segera @Jodoh Finder atau see you in court.

Terdahulu, isu rumahtangga pempengaruh ini hangat apabila suaminya bernama Aiman melafazkan cerai talak dua disaksikan orang ramai di siaran langsung TikTok.

Siti depression dan kena serangan anxiety

Sebelum ini, pasangan berkenaan pernah bercerai pada 6 Mei lalu namun mengambil keputusan kembali rujuk dalam tempoh kurang 24 jam selepas pengesahan lafaz cerai dibuat. 

Siti Jamumall kini hamil lima bulan hasil perkahwinan bersama Aiman.

Pssttt! Semoga konflik rumahtangga Siti dan Aiman selesai cara baik. Orang luar yang tak tahu apa-apa sebaiknya elakkan daripada menghukum tanpa usul periksa.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Scroll to Top