Penyanyi, Hafiz Suip memaklumkan dirinya diuji dengan masalah kesihatan apabila dijangkiti batu karang dalam buah pinggang.
Pelantun lagu popular Bahagiamu Deritaku ini berkongsi berita tersebut menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya pada Jumaat.
Dalam hantaran tersebut, Hafiz memuat naik video memaparkan dirinya menjalani beberapa prosedur di sebuah hospital swasta.
“Alhamdulillah…dapat tahu ada batu karang dalam buah pinggang,” tulisnya.
Meskipun diuji dengan penyakit tersebut, Hafiz bagaimanapun reda kerana semua yang berlaku adalah ketentuanNya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan agar Hafiz segera sembuh seperti sedia kala.




