Tak dapat kekal harga untuk pelanggan di AS

Tak dapat kekal harga untuk pelanggan di AS

Kuala Lumpur: Syarikat semikonduktor serta elektrik dan elektronik (E&E) Malaysia tidak akan dapat menyerap implikasi daripada tarif Amerika Syarikat (AS) atau mengekalkan harga untuk pelanggan di AS, menurut Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA).

Dapatan daripada Kaji Selidik Suku Tahunan E&E dan Semikonduktor MSIA pada suku pertama 2025 menunjukkan sebanyak 74 peratus daripada responden bersetuju dasar dan tarif AS akan menjejaskan pelaburan dan tarikan Malaysia, manakala 65 peratus menyatakan ia akan memberi impak negatif kepada industri E&E Malaysia dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Kaji selidik suku tahunan itu dijalankan membabitkan lebih 300 ahli, menilai sentimen, trend, cabaran dan peluang dalam industri E&E dan semikonduktor Malaysia.

Ia tertumpu kepada implikasi tarif AS, dasar perdagangan dan tindak balas antarabangsa, terutamanya siasatan yang sedang dijalankan di bawah Seksyen 232 Akta Pengembangan Perdagangan 1962 AS.

Presiden MSIA, Datuk Seri Wong Siew Hai berkata, perubahan tarif yang kerap dan kawalan eksport mengganggu rantaian bekalan, meningkatkan kos dan memperlahan ekonomi global.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top