Jangan terpedaya 'ejen' janji dapatkan semula duit kena 'scam' – Polis

Jangan terpedaya 'ejen' janji dapatkan semula duit kena 'scam' – Polis

harisfadli@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan iklan dalam talian yang kononnya menawarkan khidmat mendapatkan semula wang lesap akibat ditipu sindiket penipuan atau ‘scammer’.

Lebih membimbangkan, iklan berkenaan dikesan menggunakan nama dan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi meyakinkan mangsa.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, pihaknya mengesan hantaran iklan itu di Facebook yang mendakwa mampu membantu mangsa mendapatkan semula wang mereka.

“Iklan itu turut memaparkan logo PDRM serta menggunakan nama ‘Royal Malaysian Police Commercial Crime Investigation Department (CCID)’ bagi memperdaya orang awam.

“JSJK tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seumpama itu dan iklan berkenaan adalah palsu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

“Orang ramai diminta berhati-hati dan tidak terpedaya dengan tawaran berkenaan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top