[VIDEO] Nak Ambil Duta Jual Beg Kilat, Netizen Terhibur Aliff Syukri Gelarkan Amira Othman Isteri Fattah Amin

[VIDEO] Nak Ambil Duta Jual Beg Kilat, Netizen Terhibur Aliff Syukri Gelarkan Amira Othman Isteri Fattah Amin

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mencetuskan gelak tawa netizen apabila menggelarkan penyanyi Amira Othman sebagai isteri kepada pelakon terkenal, Fattah Amin.

Kejadian lucu itu berlaku ketika Aliff sedang mempromosikan produk beg tangan terbaharunya menerusi satu siaran langsung di TikTok.

“Kita akan launching beg ini pada 25 haribulan. Macam-macam warna ada. Yang penting premium, bukan low quality. Kita akan ambil duta, mungkin Nora Danish, Erra Fazira, mungkin kita ambil… siapa isteri Fattah Amin tu?” soalnya.

Apa yang mencuit hati, isterinya, Datin Seri Shahida kemudian mencelah dengan menjawab, “Amira Othman,” sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja apabila Aliff menggelarkan Amira sebagai isteri Fattah.

@modelistaempire

Replying to @AlliyaAqilla #aliffsyukri

♬ Epic Music(863502) – Draganov89

Scroll to Top