Isteri Azlan Komeng Buang Silikon Hidung Demi Reda Allah – “Lebih Baik Sakit Daripada Terus Rasa Bersalah”

Isteri Azlan Komeng Buang Silikon Hidung Demi Reda Allah – “Lebih Baik Sakit Daripada Terus Rasa Bersalah”

Isteri kepada pelakon Azlan Komeng, iaitu Nur Nilam Ortiz, memaklumkan dia telah selamat menjalani pembedahan membuang silikon di bahagian hidung.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, Nilam, 45, berkongsi dia sanggup menahan kesakitan demi mencari keredaan Allah, meskipun ada yang beranggapan tindakan itu tidak perlu dilakukan setelah bertaubat.

“Memang ada yang kata tak perlu buang kalau dah bertaubat, dan benar, Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Pengampun. Saya tidak menafikan hal itu.

“Tapi niat setiap orang tidak sama. Bagi saya, lebih baik menanggung sakit kerana mencuba, daripada menyerah tanpa berusaha. Sekurang-kurangnya, biarlah Allah melihat ikhtiar saya,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, Nilam turut mendedahkan dia menyimpan hasrat untuk membuang tatu yang pernah dicacah pada tubuhnya suatu ketika dahulu.

“Fasa pertama dah berjaya. Muka bengkak macam ikan kembung, tapi nanti saya akan kembali ‘live’ seperti biasa. Seterusnya, saya akan buang tatu, padamkan sisa-sisa dosa yang lalu.

“Doakan agar Allah terima taubat saya dan insya-Allah, hidayah ini akan saya pelihara hingga ke akhir hayat,” luahnya.

Kredit: TikTok

Scroll to Top