“Tutup saja, jangan dibuka. Bukan semua benda perlu ditayang.”
Itu teguran pendakwah bebas, PU Riz atau nama penuhnya Haris Ismail yang menasihati individu terutama mereka yang berpengaruh di media sosial agar tidak sewenang-wenangnya berkongsi perkara peribadi secara terbuka.
Menurutnya, sikap gemar mempamerkan kehidupan rumah tangga, mendedahkan aurat serta terlalu banyak berkongsi ‘kebaikan diri’ boleh membawa kepada kemurkaan Allah SWT.
“Kepada yang punyai sedikit pengaruh di sosial media, yang tak tutup aurat, yang jenis nak cerita semua kebaikan, yang menunjukkan hal-hal rumah tangga.
“Baik mahupun Buruk, ada baiknnya tutup sahaja. Apabila kita lihat dari sudut pendalian apa sahaja yang dibuat terbuka, yang dihebohkan ini lebih dimarah Tuhan berbanding yang tutup kata Nabi saw,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.
Suami kepada usahawan dan selebriti, Noor Neelofa ini turut memetik sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
كل أمتي معافى إلا المجاهرين
“Seluruh umatku akan diampuni, kecuali orang-orang yang terang-terangan melakukan dosa (secara terbuka). Tutup. tutup. Semoga Allah ampunkan,” tulisnya.





