Penyanyi Bella Astillah sekali lagi mencuri perhatian selepas sepotong video pendek tular di TikTok.
Menerusi video berdurasi 58 saat itu, Bella Astillah membuat pendedahan mengejutkan dalam satu sesi siaran langsung (live) baru-baru ini ketika sedang menikmati durian bersama seorang rakannya yang dikenali sebagai Ami, di Batu Feringghi, Pulau Pinang baru-baru ini.
Namun, suasana santai itu menjadi bualan hangat apabila Bella dengan selamba memaklumkan, rantai leher yang dipakainya itu merupakan hadiah daripada seseorang sebelum kedua-duanya saling berpandangan seakan memberi isyarat.
“Rantai ni hadiah,” katanya ringkas.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet seolah-olah mengetahui siapakah gerangan individu yang memberikan hadiah berupa rantai leher tersebut.
Sekaligus berseloroh mengatakan ibu kepada anak dua itu kelihatan semakin berseri-seri.





