“Jangan Wayang Saja!” – Linda Hashim Bersuara Beego Lepas Sertai Tabligh | Oh! Media

“Jangan Wayang Saja!” – Linda Hashim Bersuara Beego Lepas Sertai Tabligh | Oh! Media

Pelakon, Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah kembali menjadi perhatian selepas video dirinya menyertai kumpulan tabligh tular di media sosial.

Menurut laporan mStar, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah reaksi isterinya, Linda Hashim yang berharap perubahan itu bukan sekadar ‘wayang’ semata-mata.

Tabligh tu dah betul dah, takut dia yang tak betul. Harap-harap istiqamah, jangan wayang sahaja. Nafkah anak-anak, tanggungjawab pada anak-anak mana tak selesai lagi?

Linda luah perasaan di media sosial

Linda meluahkan perkara tersebut menerusi satu hantaran di Instagram Story miliknya pada malam Isnin. Nada sindiran dan kecewa jelas terserlah, terutamanya berkenaan isu nafkah anak-anak mereka.

Video doa dan wajah sayu Beego tular

Beego

Sebelum ini, tular satu video di TikTok yang memaparkan Beego berada di jeti Pulau Perhentian, Terengganu, bersama jemaah tabligh. Dalam video tersebut, kelihatan seorang ustaz meletakkan tangan di dada Beego sambil membacakan doa.

Wajah Beego yang kelihatan sedih dan hiba telah menyentuh hati ramai netizen, yang mendoakan agar pelakon itu benar-benar berubah dan istiqamah dalam mencari ketenangan hidup.

Pssttt! Perubahan ke arah kebaikan memang patut disokong, tapi jangan lupa tanggungjawab yang sedia ada. Iman yang kukuh juga datang bersama amanah yang ditunaikan.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Scroll to Top