Sekumpulan Gajah Mengamuk Remukkan Toyota Vios Gara-Gara Kereta Belakang Bunyikan Hon | Oh! Media

Sekumpulan Gajah Mengamuk Remukkan Toyota Vios Gara-Gara Kereta Belakang Bunyikan Hon | Oh! Media

Seorang pemandu Toyota Vios mengalami detik cemas apabila keretanya diserang secara tiba-tiba oleh sekumpulan gajah.

Kejadian itu dilaporkan berlaku berhampiran Sungai Lebey berhampiran Tugu Peringatan Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli.

Gajah mengamuk sebab kereta belakang tiba-tiba bunyikan hon

gajah mengamuk

Lapor Berita Harian, Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood menyatakan serangan itu tercetus gara-gara bunyi hon dari kenderaan lain yang membuatkan gajah tersebut bertindak agresif.

Mangsa berusia 39 tahun yang memandu Toyota Vios dilaporkan memberhentikan kenderaannya selepas melihat sekumpulan gajah sedang melintas jalan.

Pengadu (mangsa) memberhentikan kereta dan mematikan lampu, namun terdengar bunyi hon kenderaan dari arah belakang sebelum tiga ekor gajah tiba-tiba menghampiri keretanya.

Tambahnya, pemandu terbabit sempat menyelamatkan diri dalam keadaan panik sebaik melihat gajah mula mendekati.

Kereta rosak teruk, mangsa sempat selamatkan diri

gajah

Akibat serangan itu, Toyota Vios milik mangsa mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan, belakang serta di sisi kanan dan kiri.

Mangsa yang terselamat tanpa sebarang kecederaan kemudian tampil membuat laporan polis.

Pssttt! Bila melalui kawasan laluan hidupan liar, tolong elakkan dari membunyikan hon atau menghidupkan lampu tinggi secara tiba-tiba. Haiwan seperti gajah boleh bertindak agresif bila terkejut atau rasa terancam.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Scroll to Top