5 ditahan disyaki terima suapan RM300,000

5 ditahan disyaki terima suapan RM300,000

am@hmetro.com.my

Sandakan: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lima lelaki termasuk bekas pegawai dari institusi kewangan kerana disyaki menerima suapan hampir RM300,000 daripada pemilik sebuah syarikat.

Wang rasuah itu sebagai dorongan untuk meluluskan permohonan pinjaman kewangan dengan menggunakan dokumen sokongan palsu.

Menurut sumber, semua suspek berusia lingkungan 20 hingga 40-an itu ditahan kira-kira 2 petang hingga 7 malam ini di Pejabat SPRM Sandakan.

“Siasatan awal mendapati semua suspek dipercayai terbabit dalam aktiviti rasuah itu sejak 2022 hingga 2024.

“Ia membabitkan kelulusan pinjaman bernilai keseluruhan RM11.2 juta kepada 39 pemohon,” kata sumber itu.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy, ketika dihubungi, mengesahkan penahanan terbabit.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

“Permohonan reman terhadap semua suspek akan dibuat di Mahkamah Sesyen Sandakan esok,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top