Suami isteri maut, kereta rempuh belakang treler

Suami isteri maut, kereta rempuh belakang treler

am@hmetro.com.my

Batu Pahat: Suami isteri maut selepas kereta dinaiki merempuh belakang treler di persimpangan lampu isyarat Jalan Bindu, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 9.25 pagi itu, Mazalan Belia, 69, meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), manakala isterinya, Radin Fauziah Radin Ahmad, 75, pula menghembuskan nafas terakhir ketika rawatan di hospital sama.

Difahamkan kejadian berlaku ketika pasangan warga emas itu dalam perjalanan dari Parit Raja ke Parit Abd Rahman untuk menziarahi keluarga Mazalan.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Penggaram, Zulmazi Arifin berkata, seramai 12 anggota dan jentera ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada 9.33 pagi.

“Sebaik tiba, didapati dua mangsa terperangkap dalam kereta dinaikinya. Operasi mengeluar segera dijalankan dan mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top